Pages

Friday 2 December 2011

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesis penyu ini.

PENYU YANG HAMPIR PUPUS
POKOK PERIUK KERA YANG HAMPIR PUPUS



FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

  • Masalah pembalakan haram 
  • Pembakaran Hutan
  • Pembukaan Tanah Baru
  • Pemburu Haram
  • Peningkatan Suhu Dunia
  • Pencemaran


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
* Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

BERSAMALAH KITA MEMELIHARA FLORA DAN FAUNA AGAR IANYA KEKAL SELAMANYA.