Pages

Friday 25 November 2011

HAIWAN TERANCAM



Spesies terancam ialah organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan. Spesies terancam biasanya ditakrifkan menerusi spesies taksonomi, tetapi ia juga boleh merupakan unit bererti evolusi yang lain. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) telah mengira peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada semua organisma, berdasarkan sampel spesies yang dinilai pada sepanjang 2006. (Nota: IUCN mengumpulkan semua spesies terancam bagi tujuan membuat ringkasan.) Banyak negara mempunyai undang-undang yang melindungi spesies bersandar pemuliharaan: misalnya mengharamkan pemburuan, mengehadkan pembangunan tanah atau mengasaskan kawasan simpanan haiwan. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan spesies yang menghadapi risiko kepupusan telah disenaraikan dan memperoleh perlindungan undang-undang. Banyak spesies lagi akan menjadi pupus, atau berpotensi menjadi pupus, tanpa mendapat sebarang perhatian awam.
HARIMAU ADALAH ANTARA SPESIES TERANCAM

No comments:

Post a Comment